Thursday 12 December 2013

Tips mengelakkan gangguan jin

Assalamualaikum! Cuba anda berfikir sejenak, pernahkah anda mengalami situasi yang ganjil apabila terkadang anda perasaan akan terdengar bunyi-bunyian dan barangkali suara-suara yang pelik. Mungkin anda merasainya tatkala di mana-mana sahaja anda berada mahupun apabila berada di rumah sendiri? Segalanya adalah tidak mustahil kerana hakikatnya masih ada makhluk yang lain yang berkongsi dunia dengan kita seperti jin dan sebagainya. Kewujudan makhluk bernama jin dan sebagainya ini tidak perlu disangkal kerana di dalam Al-Quran pun ada menjelaskan akan wujudnya makhluk-makhluk ini. Walau bagaimana pun, Allah SWT telah membataskan penglihatan kita untuk melihat makhluk-makhluk halus ini. Bagaimana pula jika jin berkongsi rumah dengan kita, jika mereka tidak mengganggu tidak mengapa. Namun, sekiranya kita diganggu sehingga ada sampai waktunya di mana jin itu menumpang badan kita, apakah yang harus kita lakukan? Mudah-mudahan kita dijauhkan dari gangguan makhluk-makhluk halus ini. Namun, persediaan untuk menghadapi situasi sebegini harus diberikan perhatian. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat terlebih dahulu simptom-simptom awal gangguan dari makhluk-makhluk halus ini. Simptom-Simptom Awal Gangguan Jin A) Di dalam keadaan berjaga Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal Bau nafas yang terlalu busuk Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya Bayi kerap menangis Belakang tengkuk / bahu terasa berat Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah Berubah hati terhadap semua orang yang disayanginya Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi Bunyi guli di atas syiling Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap Darah haid turun lebih dari 15 hari Gagal melakukan hubungan kelamin Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas KemurunganKerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas Kerap keguguran Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran Ketumbuhan ganjil pada anggota badan Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal Malas mengerjakan Solat dan beribadat Marah secara keterlaluan / panas baran Melihat jin / hantu secara terus Mendengar suara berbisik / menyergah Nafsu seks yang melampau / tidak normal Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal Sakit Jiwa / Mental Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas Sakit perut tanpa sebab klinikal Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali Selalu ditindih / dicekik ketika tidur Sering kehilangan wang secara tiba-tiba Sering pengsan tanpa sebab klinikal Sering terjaga di waktu malam / tengah malam Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif) Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil Suka bangun tidur selepas tengahari Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah Suka melihat diri di dalam cermin Suka menggulung rambut dengan jari Suka tidur pada siang hari Sukar mendapat jodoh Sukar mendapat zuriat / Mandul Sukar tidur malam Tanda lebam pada anggota badan Terasa ada lembaga tidur bersama / menganggu / berdialog ketika tidur Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit Terasa diri selalu diperhatikan / diekori Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat Terasa bahu ditepuk dari belakang Terasa terkena renjisan air B) Di dalam tidur Bermimpi bayi / kanak-kanak Mengunyah gigi sewaktu tidur Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang Mimpi makan Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas Mimpi yang menakutkan Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya Terdapat pelbagai lagi simptom-simptom yang ada selain dari yang di atas..Wallahu a’lam bis sha'wab. Kini mari kita lihat bagaimanakah caranya untuk kita menghindari diri dan keluarga kita dari segala gangguan makhluk-makhluk halus ini. Ada beberapa cara untuk kita memastikan kelangsungan kehidupan kita bebas dari segala perkara sebegini, namun ianya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan haruslah juga diistiqamahkan perbuatan kita. Berikut adalah antara caranya untuk menghindari dari sebarang gangguan makhluk halus. Menghidupkan rumah kita dengan ibadah solat-solat sunat. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, khususnya Surat Al-Baqarah di rumah kita, karena sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin akan lari dari rumah yang sering kedengaran bacaan Surah Albaqarah di dalamnya. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin tidak akan mampu mendekati orang yang membaca Ayat Kursi sebelum tidurnya sehinggalah ia bangun kembali dari tidurnya. Membaca Surat Al-falaq dan An-Nas setiap pagi dan petang, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, tidak ada pelindung diri yang lebih kuat dari keduanya. Berikut pula cara-cara yang boleh kita lakukan dengan sendirinya untuk memeriksa sama ada tubuh kita sebenarnya telah ditumpang oleh makhluk-makhluk halus. Caranya dengan mendengar audio bacaan ayat-ayat Ruqyah dan seandainya boleh, dengarnya dengan sejelas yang boleh. Tidak perlu membaca, cukuplah sekadar memberi perhatian sepenuhnya dari mula hingga ke akhir bacaan. Setelah habis mendengarnya, sekiranya kita mengalami beberapa kesan seperti batuk-batuk, badan berpeluh, jantung berdebar kencang, mengantuk dan pening, terasa ingin muntah, sendawa dan mungkin terasa seperti sesuatu ada di dalam kulit, itu adalah petanda yang tubuh kita berkemungkinan dihuni oleh makhluk halus. Cara ini tidak digalakkan untuk dilakukan berseorangan, sebaiknya biarlah berdua atau ramai kerana bimbang kesan yang akan dialami sewaktu mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah akan membuatkan makhluk halus itu menentang tuan empunya badan. Dan adalah lebih afdal sekiranya meminta bantuan dari Ustaz mahupun pakar perubatan islam yang lebih arif dalam hal-hal sebegini. Ini adalah lebih baik kerana sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini, ada pihak yang akan membantu kita.

No comments:

Post a Comment