Wednesday 11 December 2013

Just something to share :D

Tidak mengambil sarapan pagi Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif, Terlebih makan terlebih makan akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak Perokok asap rokok akan mengakibatkan sel sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer. Penggunaan gula berlebihan pengambilan gula berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. selain itu, ia akan menganggu perkembangan otak yang sihat Pencemaran udara otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak Terlebih tidur tidur adalah bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boeh mengakibatkan sel-sel otak mati. Menutup muka ketika tidur tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak Kurang berimaginasi berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun Jarang berfikir jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. oleh itu, perbincangan membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

No comments:

Post a Comment