Tuesday 10 December 2013

Sunah or ?

Assalamualaikum... Aku memang sangat kekurangan dalam ilmu agama. Kalaulah Allah bukakan 'keaiban' aku pasti terlalu banyak untuk disenaraikan Kelemahan-kelemahan itu oleh orang lain Doakanlah semoga semasa keberadaan hidup ini Aku masih mempunyai ruang untuk sentiasa baiki Perjalanan tulisan blog aku ini sudahpun banyak kali berubah Kadang kata ganti diri pertama jua turut berubah Dari saya , aku dan wan Mana mana pun aku suka aku akan guna Erm.. mungkin Itu tandanya empunya diri sudah beralih fokus dan tumpuan hidup Yang pasti Banyak peristiwa yang menyebabkan kita jadi berubah Bukankah itu sunnatullah? Hidup mesti selalu seperti air Yang sentiasa menyerap dan melimpah Ke mana ruang pasti akan dipenuhi Peristiwa kekecewaan yang lalu juga satu bentuk keinsafan dan perubahan diri Menyebabkan aku ingin menjadi lebih baik Malah lebih baik daripada yang dulu Adakah kerana kehilangan yang menakutkan aku Ataupun kerana pengalaman hidup itu sendiri Apapun Terima kasih atas pengalaman itu yaTuhanku yang ESA! Kerana tahu aku punyai banyak kekurangan dan kelemahan diri Aku tahu aku kurang yakin untuk membimbing dan menasihati bakal suami Suami tidak diizinkan syurga di akhirat jika isterinya tidak taat kepada Allah Kerana itu aku perlu bersedia untuk menjadi suri rumahtangga yg baik.INsyallah :) thats all for now :D

1 comment:

  1. betuL tu.. semoga menjadi seorang isteri yang mithali kelak.. amin..

    ReplyDelete