Sunday 29 April 2012

Dear boys.READ THIS :D

Dear Boys,READ THIS<3 ;D

telekung bukanlah uniform yg wajib ketika solat :)

Pemakaian telekung bagi wanita ketika bersolat hanyalah budaya umat Islam di nusantara. Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini. Kerana ada wanita yang menjadikan alasan terlupa membawa telekung sebagai punca mereka mengabaikan solat ataupun melengahkan solat kerana menunggu giliran mengguna telekung di surau. Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya seperti yang digariskan syariat. Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu. Jika anda keluar rumah menutup aurat dengan sempurna, tidak perlu memberatkan beg dengan telekung. Tapi, pasti akan ada yang memandang pelik jika anda solat tanpa memakai telekung. Kerana Malaysia bukan berada di Timur Tengah. Tapi, peduli apa? Lelaki solat tak pakai kain pelekat dan baju melayu orang tak cakap apa pun.

Saturday 28 April 2012

Cute Love story ;)

~~ A Small Cute LOVE Story ~~ Cute Love story ........... Two butterflies were in love......... One day, they decided to play Hide n Seek....... During the play..... Boy Butterfly - "A small game within us" Girl Butterfly - "OK" Boy Butterfly - "The one who sits in this flower tomorrow early in the morning.....that one loves the other one more....." Girl Butterfly - "OK" Next morning, the boy butterfly waits for the flower to open so that he can sit before the girl butterfly does...... Finally, the flower opened..... What did he see.....?????........ . . . . . . . . . . . . . . . . . The girl butterfly had died inside the flower..... She stayed there all night......so that early in the morning......as soon as she sees him.......she can fly to him and tell him how much she loved him........ This is true LOVE.... Life is LOVE....... LIVING MIGHT MEAN TAKING CHANCES, BUT THEY ARE WORTH TAKING...... LOVING MIGHT BE A MISTAKE, BUT ITS WORTH MAKING........ Read more: http://www.unp.me/f38/a-small-cute-love-story-13322/#ixzz1tPV6fyzY

Saturday 14 April 2012

Aku cuma seorang An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya ?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah.. tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah ?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi.. teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka ?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu ?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya ?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya.. Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad ?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga !
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala !
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia !

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Friday 13 April 2012

Bila dunia mau kiamat ;[

hye , how are youu ?
semalam , ramai yang share psl gempa bumi tu kann .
aku pun terasa gak smlm .
Tgh syok2 duk layan fb , tiba2 je meja goyang .
then rase pening2
*dalam hati : aku ni dah kena rasuk ka?*
haish , teruk2 .
aku ingtkn da pa2 .
aku pun terus lari pg kat mak akuu
heee , seram kot mase tuuh . huih .
abah aku pon kuar , then online . tgk berita terkini .
dia pun ckp la ada gempa bumi kat Acheh .
urmm . tu baru kat sini , tak tau la kat sana macam mana , kann .
k , nak share psl kiamat nii ;(
BACA CEPAT !


Untuk Orang Islam !
: JANGAN MALAS ! BACE NI !

Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam

... ... ... ... ... ... ... ...

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
semoga Allah tempatkan kita di kalangan orang2 yang beriman .
amiiin*

CUTE la pulak!



cute right! :D

Beza bah,Cinta.Minat.Sayang.Suka :)

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita . Segala apa yang kita buat , kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh-bolehnya tak nak sakitkan hati dia . Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi .. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )


Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita . Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya .. )


Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar . Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut habis terburai .. haha . Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu …(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita . Kita akan suruh dia diam sekiranya tekak kita dah nak pecah ! hakhak .…)


Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat , peribadi atau barang yang kita mahukan)
sumber:Mr Google<3