Wednesday 2 January 2013

Dear Muslimah ;)

~ WAHAI MUSLIMAH PERMATA DUNIA ~ ● jadikan POHON SEMALU sebagai CONTOHMU .. ● yg DURINYA menjadi PERISAI DIRI .. ● pertahankanlah MARUAHMU sebagai wanita MUSLIM .. ● yang DAUNNYA menguncup SAAT DISENTUH .. ● jadikanlah sifat MALU itu PERHIASAN DIRI .. ● yang AKARNYA kuat MENCENGKAM BUMI .. ● kukuhkanlah IKATANMU bersama RABBUL ALAMIN .. ● tidak BERBAU WANGI dan tidak MENARIK HATI .. ● maka tiada KUMBANG yang akan MEMERHATI .. ● kerana INDAHMU cukup TERSEMBUNYI ..
NERAKA itu SENGSARA SYURGA itu BAHAGIA.. TAPI mengapa pilih NERAKA? SEDANGKAN semua NAK MASUK syurga? WANITA senang MASUK SYURGA TAPI ramai di NERAKA.. SEBAB apa ramai KAT NERAKA? ~ Aurat terbuka. ~ MARUAH tak dijaga. ~ Suami di derhaka. ~ SOLAT ditinggalkannya. ~ PUASA diendahkan dengan SENGAJA. Muslimah yang disayangi sekalian, ~♥ Tutuplah auratmu. ~♥ Jagalah maruahmu. ~♥ Taatlah kepada suamimu. ~♥ Dirikanlah solat. ~♥ Berpuasalah. Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walaupun keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya. Jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... Insya-ALLAH... (n_n) Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..
★ Jangan hanya sujud ke "Sejadah" saat susah ★ ★ Jangan hanya mengenal "Telekung" & "Kopiah" saat sesak ★ ★ Jangan hanya memandang "Kiblat" saat payah ★ ★ Jangan hanya teringat "Wudhu" saat lemas ★ ★ Jangan hanya mengenal "Tasbih" saat hanyut ★ ★ Jangan hanya memandang "Alam" saat alpa ★ ★ Sayang yang tak kelihatan ada pada Hati, letaknya Iman ★ ★ Carilah sayang yang Agung itu. Agar sayang tak lagi palsu ★ ❤ {:-)≈ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ (<:-) ❤ ❤ JOM KITA TERUS *Muhasabah diri* PÉRBÄìKì DìRì* ❤

Tuesday 1 January 2013

Oppa Gangnam Styleeeee

Assalamualaikum...
Semua tahu pasal nie kan..Pantang jua kamu nie.. Pengaruh kuat sangat... Mesti ada diantara kamu nie sda tahu camna mw bwat tarian gangnam nie kan..Cuba sikit.. Apa lagi kalau dkat sekolah tu.. masing masinglah tunjuk hebat kamurang kan.. terloncat sana terloncat sini.. lelaki perempuan sama ja.. Macam tak da perasaan malu plak aku tengok.. Bukan nak kondem lagu atau ramai orang yang minat..Nie cuma lah apa yang aku lihat dan pendapat yang terlalu hina dari diri aku.. Sekadar berkongsi.. Kekadang kita boleh telan lumat apa yang orang lakukan dan kadang2 kita terpaksa meluah muntah memendam rasa.. Dalam banyak kekadang tu .. dan dalam ramai jiwa manusia semestinya ada yang tak suka dan ada yang suka.. Jadi kita haruslah berfikiran terbuka.. Entri nie cuma pendapat dari Wan taw.. Kalau kamu mau ambil boleh kalau nak buang pun dipersilakan.. Bila aku tanya.. Senang nye korang nak hafal langkah langakah tarian tu.. Dan akan ada suara suara yang jawab.. "Mudah jaaa pun loncat sana loncat sini pusing pusing.. Senang kan.. lepas tu sambil sebut "Oppa gangnam style"" ... hah.. manada susah..susah lagi ikat tali kasut kot..ahahha.. Betul lah tu.. Wan sokong sangat manada susah pun.. Pastu ada yang akan jawab plak.. Yang penting kita orang x rosakkan agama pun.. Kita orang masih tahu.. Yey korang masih tahu.. aku pun tahu.. Kalau ISLAM sekadar atas nama .. Semua pun dia akan tahu.. Menjawab menjawab dan menjawab .. hahaha.. jangan lah makan cili tu kang terasa pedasnya...Lepas tu orang akan jawab plak.. "Niat kita orang nak berhibur ja baaaa.. Allah tahu niat kita orang.". Betul tu.. ALLAH Maha mengetahui.. Tapi korang kene ingat Manusia bukan seperti ALLAH yang tahu mengenai niat korang..baik or buruk..jadi perkara yang sebeginilah yang patut kita elak.. hati manusia sapa tahu.. Bila mana yang tua tua lihat perangai kamu terloncat sana terloncat sini apa yang mereka tua tua fikir??? last last dalam otak dia orang.. " Remaja sekaranglah tu.. tak cerdik .. ".. Kan sia sia ja kamurang kena doa macam tu..Kata kata tu satu doa.. Lepas tu ada yang wat video respond untuk video tu..ramai yang nak try.. Ada imej yang melambang ISLAM tapi terkinja kinja dengan tarian tu.. Mana letak malu kita.. Mana letak agama kita.. Ada sesetengah video kita boleh terima.. Kalau setakat pakai baju melayu ok lagi.. Sebab tu hanya baju melayu.Tapi kalau yang dah berjubah dan berkopiah.. macam mana plak tu.eh ade ke???ahaha... hairan tak hairan? Dan bila mana Di ajukan soalan adakah korang tahu langkah langkah solat?? akan terdiamlah beberapa orang.. Ini realiti ..Realiti yang harus kita depani.. Realiti dunia sebenar ramai yang tak tahu solat..Padahal mudah je pun langkah nye.. Dunia hujung jari nie.. Korang cari je macam mana nak solat dari korang cari benda yang tak berfaedah.. Buka mata buka hati.. HIDAYAH TU KITA YANG KENE CARI .. Korang nak kawen tak?? kalau nak kawen cepat cepatlah belajar solat ye... penting tu.. Hah..! kan dah merepek ke bab perkahwinan lak..hahaha..
Jadi lepas nie apa kata kita semarakan plak fenomena " SOLAT ISLAM STYLE " .. Kita berpesan pesan lah antara kengkawan kita.. Dan korang harus bersyukur sebab kat tempat kita telah dibina masjid yang cantek cantek , yang selesa ada penghawa dingin, ada kipas .. Sejadah yang empuk.. Dan kenapa korang tak ambil peluang nie.. Kat rumah korang pun ada tempat yang selesa sangat nak solat kan.. Kalau kita tak ubah diri. orang lain tak kan dapat ubah kita..Biar berbuih buih pun mulut Wan beri nasihat , kalau hati korang tak kuat... Korang tetap dikancah yang lama ditemani syaitan yang bertengek ketawa terbahak bahak.. "Anak ADAM telah kusesatkan" ..Dan ingat jugak..Kalau kita nak ubah keluarga kita.. Pastikan kita berubah dulu . Iman tu tak dapat diwarisi sayang.. Jangan sedar kejap je taw.. Dan fara tak halang pun korang nak berhibur.. Cuma sesuatu yang tak baik kita elakkan dan sesuatu yang baik kita perbanyakkan.. Korang semua pun dah tahu dunia nie dunia akher zaman dan kita semakin hampir menuju kiamat .. Dimana letak ibadah kita .. Dimana letak perjuangan ISLAM kita.. jadi mari kita sama sama tegakkan apa yang perlu.. Blog blog jugak Ibadah dan bekalan akhirat kita jangan lupa ye.. Papai<3 Renung sebentar dan lihat diri..

Muslimah perlukan kekuatan untuk mengubah dirinya

assalamualaikum temanteman . sudah lama sangat i tidak update blog . maklumlah , jarang update kerana sibuk (online facebook takpe pula yerr) . ok , sekarang ni aku dah rasa macam down nak jadi seorang perempuan yang sejati . ok , jangan gelak =.=” . maksud fara mahu menjadi seorang muslimah yang sejati . i mean , ya la sume orang boleh mengaku seseorang muslimah sejati dengam tafsir luaran sahaja (tudung yang labuh) tapi ramai mana yang tafsir seseorang melalui perbuatan atau tingkahlaku more than rupa paras atau fizikal ? sangat tipikal ok . entah , even fara sendiri boleh mengaku aku muslimah sejati . sememangnya aku dididik oleh keluarga sejak muda kena pakai tudung yang menepati syara’ . tapi kalau ikutkan perangai fara , sangat jauh dari akhlak seorang muslimah =.=” . aku x tahu macammana nak ubah diri ini . jadi setelah selongkar punya selongkar laptop ni , terjumpa jugak faradengan salah satu entry blog (tak ingat) . Aku saja nak sharekan kat sini mana tau lepas ni ramai dah perempuan berazam nak jadi muslimah .ok , stop. dakwah orang bukan senang . just biarkan diaorang baca . hidayah itu Allah yang tentukan bukan manusia .
Bismillahirrahmaanirrahiim.. Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah merana. Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan. Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah redha-Nya, pasti akan ku tempuhi. Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu dunia kerana aku punya Dia! Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.
Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan bila mahu bertemu kekasihnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela! Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti. Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan nanah yang semakin bernanah pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri. Tatkala perempuan lain sibuk berbalas mesej-mesej cinta. Aku mengatakan itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu. Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu fardu ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya. Mencontohi Saidatina Aisyah yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya. Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku terokai. Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan ‘dia’ telah ditakdirkan buatku.Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Yang dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah. Kenapa aku tidak mahu semua ini? kerana aku inginkan syurgaNya . “Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung.” (An-Nisa’, 4 : 13) erm , sudah abis baca ? kalau dah abis baca , mari lah sama sama kita renungkan . dalam kehidupan seharian , apakah ada perkara perkara yang telah kita lakukan telah melanggari batas batas agama ? jikalau ya , marilah kita sama beristighfar dan bertaubat kepadaNya . jika belum , ayuhlah sama sama kita memohon kepadaNya agar terus dijauhkan dari perbuatan sedemikian . semoga Allah mendengar rintihan hambaNya yang lemah ini. Sekian , assalamualaikum.

Menjadi MUSLIM sejati

Sabda Rasulullah ﷺ إنّما الْأعْمالُ بِالنِّياتِ وَ إنَّما لِكُلِّ امْرئٍ ما نَوَى فمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللّهِ وَ رَسُولِهِ ، فَهِجْرَتُهُ إلَى اللهِ وَ رَسُولِهِ فمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيا يُصيبُها أوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلى ما هاجَرَ إلَيْهِ [Mutafaq a'laih]-Drpd Umar al-Khattab r.a. Ibnu Masu’d radiallahu a’nhu ada menceritakan, sebuah peristiwa hijrah kaum muslimin drpd Makkah ke Madinah, terdapat seorang dlm kalangan mereka yg berhijrah agar tujuannya mengikuti seorang gadis bernama Ummi Qais yg berhijrah & akhirnya utk menikahinya. Dlm peristiwa hijrah ini, & kelakuan seorang lelaki itu-lah, lalu ter-ucap-lah sebuah hadith ini yg jelas menerangkan ttg NIAT. Maksud hadith : “Sungguh amalan2x itu dgn niat2x; dan setiap urusan / perbuatan itu dgn apa yg di-niat; maka sesiapa yg hijrah-nya kpd / utk Allah & Rasul-Nya; Maka hijrah-nya itu utk Allah & Rasul-Nya; maka sesiapa hijrah-nya utk dunia yg hendak di-perolehi atau perempuan utk di-nikahi; MAKA hijrah-nya itu kpd apa yg (niat) hijrah ke atasnya.” 1) Cth perbuatan / amalan ketika itu adalah hijrah. Hijrah ketika itu adalah satu tuntutan drpd Allah & Rasul-Nya kpd kaum muslimin. 2) Lalu, meskipun dr segi pandangan kasar-nya kita melihat semua org bergerak menuju ke Madinah, perbuatan itu di-nama-kan hijrah. 3) TETAPI, martabat hijrah itu bergantung kpd niat masing2x, sama ada : Ikhlas = kerana Allah & Rasul-Nya. Tidak / selain ikhlas = kerana dunia, perempuan & lain2x. NIAT & IKHLAS. Ringkasan definisi. نية Niat (bahasa) = terkandung 2 ciri: i. Qasad : Tujuan hati. ii. Iradah : Kehendak hati. Niat (syarak) = hati yg ter-gerak utk melakukan sesuatu dgn mengharapkan redha Allah subhanahu wa taa’la & menampkkan dia patuh & tunduk kpd-Nya. ↓ ↓ Jika di-lihat maksud niat dr segi syarak itu, definisi itu tidak lain menjurus kpd ke-ikhlas-an. Maka, اخلاص ikhlas (bahasa) = خلص /Khalos/ = concluded ikhlas (syarak) = men-suci-kan niat, perkataan & perbuatan cukup hanya kpd Allah subhanahu wa taa’la. 1) Nah! Amati-lah pd definisi niat & ikhlas dr segi syarak, bahawa niat & ikhlas itu memg di-tuntut & saling berhubung antara satu sama lain. Malah, jikalau definisi ini di-masuk-kan ke dlm hadith tadi, sgt sesuai & mudah di-fahami (moga2x :) ) 2) Ingat-lah! Nabi ﷺ ber-sabda : إنَّ اللّهَ لا يَنظُرُ إلى اَجْسامِكُمْ ، و لا إلى صُوَّرِكُم و لَكِنْ ينظر إلى قُلوبِكم و اَعْمالِكُمْ Maksud : “Sungguh Allah tidak melihat pd tubuh badan-mu & tidak pd rupa paras-mu, TETAPI Dia melihat pd HATI-mu & AMALAN-mu.” [HR Muslim]-Drpd Abu hurairah r.a. 3) Mengapa perlu meng-ikhlas-kan niat? Kerana perintah Allah subhanahu wa taa’la [surah al-Bayyinah(98):5] وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ Maksud :“Padahal mereka tidak di-perintah-kan KECUALI menyembah Allah, (dgn) ikhlas se-mata2x kerana al-Deen. .” syarat terima-nya amalan. hidup sentiasa bahagia. di-permudah-kan segala urusan. di-sayangi & di-hormati oleh makhluk Allah (di bumi & di langit). 4) Tips2x utk mengekalkan ke-ikhlasan. [NOTA: diambil drpd nasihat2x org2x yg insha Allah golongan mereka yg ikhlas] ber-dasarkan ILMU. jauhi populariti & pujian. ber-semangat dlm melakukan benda2x baik. ber-segera kebaikan / jgn tangguh2x. sabar & tidak mengeluh. menyembunyikan amalan. tekun dlm ke-dua2x situasi iman : semasa naik & semasa turun(futur). 5) ILMU sgt penting terutama-nya dgn ber-sumber-kan Quran & Sunnah; kerana dgn ilmu juga kita dpt ber-jaga2x, sentiasa ber-ingat, tahu di mana-kah letak-nya diri kita dlm ke-ikhlas-an. 6) Faktor yg mendorong kpd ikhlas: Ilmu, Qiamullail, Cinta akhirat, Zuhud (Dunia tidak di hati,tetapi di genggaman kita), *latihan,*latihan*latihan. . . 7) Faktor yg memusnahkan ikhlas: Jahil, Riya’(suka dilihat), Cinta dunia, U’jub(kagum dgn diri sendiri), Suma’h(suka didengari perihal dirinya), Takbur(membesarkan diri), Habuan dunia, etc. Kesimpulan-nya, kita tahu memg susah utk mengikhlas-kan diri dlm niat, perkataan & perbuatan kita. Jgn-lah biar-kan diri di-‘provoke‘ dek hasutan syaitan supaya kita ber-putus asa utk men-jadi hamba Allah yg ikhlas. Percaya-lah! Banyak-nya ber-latih suatu hari nanti dgn izin Allah subhanahu wa taa’la dpt kita ter-golong golongan Mukhlisin. Biar-lah nampak tidak ikhlas pd awal-nya, tetapi jgn-lah ber-putus asa utk melatih diri. Sebelum mengakhiri, mari kita hayati & mengambil manfaat nasihat Imam an-Nawawi rahimahullah ttg amal yg ikhlas di-mana amalan yg MENEPATI SYARAK itu di-serta-kan dgn niat yg BAIK [klik: SUMBER] : 1. Amal dikerja-kan krn takut kpd Allah. Dikenali sbg Ibadat Hamba. 2. Amal dikerja-kan krn ingin mendapatkan syurga & pahala serta menjauhi neraka. Dikenali sbg Ibadat Saudagar. 3. Amal dikerja-kan krn melaksanakan hak KEHAMBAAN kpd Tuhan, MALU kpd-Nya, utk buktikan KESYUKURAN, & merasakan masih CUAI & BIMBANG kalau2x amalan tidak di-terima-Nya. Dikenali sbg Ibadat Merdeka. Oleh itu, kaut-lah ke-ikhlasan kita sama ada ke-tiga2x-nya atau kerana salah satu-nya. Insha Allah, moga2x kita dpt mencapai keikhlasan dlm ber-amal. Ameen. _____________________________________ Allahu Taa’la A’lam. Allah subhanahu wa taa’la Knows Best. _____________________________________

Merapu kejapppppppp ;)

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Bloggerians :D semua orang cakap, alasan lelaki CURANG adalah kerana mereka boleh kahwin empat. OMG! OMG! OMG! actually, alasan tuh tidaklah bernas. dear girls, kalau kamu jumpa lelaki ne. kasi tinggal jaaa. mcm yg kamu sendiri cakap. kumbang bukan seekor kan? kita boleh move on. mmg senang perkataan tuh di ungkapkan. tp sebenarnya, untuk megharunginya. sgtlah susah dan mengambil masa yg panjang untuk melupakannya. hmmmmmm :/ tapi kalau seorang lelaki itu betul-betul sayangkan girlfriend dea, dea akan setia. and now kita cakap susah mau cari lelaki setia kan? sebenarnya, anggapan tuh salah. mustahil tiada seorang pun lelaki yg setia ddunia ne kan? apabila seorang lelaki jatuh cinta dan setia pada girlfriendnya dgn ikhlas, lelaki tersebut mungkin boleh berubah. hati lelaki yang kita anggap keras seperti batu, mungkin boleh lembut seperti kapas. bahkan, kalau lelaki tersebut benar-benar mencintai perempuan tersebut. dea akan sanggup berkorban apa sahaja untuk girlfriendnya. mcm mana keras pun lelaki tuh dari luarannya. mcm mana keras pun hati lelaki, jika hatinya dilukai. dea juga mampu mengeluarkan air matanya. dan sebenarnya, air mata itu adalah air mata yang sgt-sgt ikhlas :')