Assalamualaikum readers ,tonight cik fara mau buat entry about 'beza kawan dan sahabat' ,JOM BACA ;D
orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza.kawan senang dicari tetapi tidak sahabat.kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan dan memilih berapa ramai kawan yang kita mahu.
Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja ,sahabat lebih akrab hubungannya .susah senang segalanya boleh dikongsi bersama .dan kerana itu lah kita sering mndgar kata-kata sprti ini 'waktu kita senang ,ramai kawan yg mghampiri, tetapi wktu kita susah ramai kawan yg lari ' dan 'kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis susah dicari'
Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba ttapi mmerlukan proses yg pnjang sperti MENAJAMKAN BESI .persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka duka , dihibur ,disakiti ,diperhatikan ,dikecewakan ,didengar ,diabaikan ,dibantu ,ditolak ,namun smua ini bukanlah disengajakan apa lagi untuk menimbulkan kebencian .
kerinduan menjadi sebahagian drpda proses menjalin persahabatan.semua orang pasti mmrlukan sahabat sejati ,namun tidak semua orang berjaya mndapatkan nya.Ramai juga yang menikmati indahnya persahabatan ,tetapi ada yang terluka dan kecewa kerana dikianati oleh sahabat sendiri.
Lalu bagaimanakah selayaknya kita sentiasa dapat menjadi seorang sahabat malah menjadi orang yang dipercayai ??
1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya.
2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu.
3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi.
4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai.
5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang.
6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu.
Dalam islam,faktor memilih kawan amat dititikberatkan ,hubungan persahabatan adalah hubungan yg paling mulia,kerana kawan atau sahabat berperanan dalam mmbntuk personaliti individu .
Sahabat boleh menentukan corak hidup kita,justeru jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya.selari dgn hadith Rasullullah SAW yg bermksud “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
4 KATEGORI SAHABAT :
sahabat yang tamak ; ia sgt tamak,ia hanya mmberi sedikit dan meminta yg banyak .dan ia hanya mementingkan diri sendiri
sahabat yang hipokrit ; ia brkenaan dgn mnyatakan bersahabat dgn hal2 yg lampau atau hal2 yg mndtg.ia berusaha mndaptkan simpati dgn kata2 kosong dan jika ada ksempatan mmbntu ia tdk akan mnolong.
sahabat yang pengampu; dia setuju dgn hal2 yg kamu lakukan tdk kira btul atau salah ,yg parahnya dia setuju dgn hal yg tdk berani utk menjelaskan kebenaran.di hadapan mu ia memuji dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
sahabat pemboros dan suka hiburan ; ia mnjdi kwn kamu jika kamu juga suka berpesta ,suka berkeliaran dan suka melepak pda wktu yg tdk sepatutnya .
HATI-HATILAH MEMILIH KAWAN KERANA KAWAN BOLEH MENJADI CERMIN PERIBADI KEPADA SESEORANG DAN APA-APA PUN BERKAWANLAH DENGAN IKHLAS ;)
No comments:
Post a Comment