Thursday, 16 February 2012

Addmaths?Susa baaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Wahai Add Maths, please be nice to me.Well suda kebiasaan mulut-mulut orang akan berkata "weyh nanti masuk form 4, jangan ambik addmath aaaaa.Susah gilos engkau tahu tak?".So aku pun percaya bulat-bulat.Buat pengetahuan kamu, subjek add maths ni dah lama diperkenalkan sejak selepas merdeka lagi.


Biasanya subjek add maths diletakkan dalam aliran sains dan kejuruteraan.Well seperti yang korang tahu, aku merupakan pelajar di SM Maktab Sabah dalam aliran sains tulen.Yes target aku untuk exam test bulan tiga ni, aku hanya sekadar mahu lulus.Tapi kalau dapat A atau B, bersyukur sangat-sangat.


Kenapa ramai yang tak suka subjek add maths ni?

1) Sebab ramai yang dah set dalam minda kamu, add maths ni susah.Macam aku, mesti fikir aku tak boleh bawak.Aku yakin aku boleh! Cuba tetapkan dalam minda yang subjek fizik, kimia ni senang.InsyaAllah nanti senang jak mau belajar.Usaha berterusan tu tersangat-sangatlah penting.


2) Ramai yang ndak suka add maths maybe subjek ni digelar 'killer subject'. Well,aku pun ndak suka add maths.Lagi-lagi cikgu dekat sekolah tu ajar laju-laju.Ayooo pening la jugak.First-first jak la, lama-lama best plak study add maths.So cik fara pegang satu kata hikmah "Jangan Kalah Sebelum Berjuang".


Tumblr_lopvq6qyyf1qg575zo1_400_large

3) Kebetulan kepada sapa yang ambik sains tulen atau kejuruteraan, nak taknak kena la belajar add maths yerrrrr? Percaya pada diri, yakin kamu mesti boleh okayy.Maybe add maths ni pening bila kita tak focus, so that formula add maths pun macam berada di awang-awangan.Focus itu penting lagi-lagi dalam class.


4) Siapa batch SPM 2013 angkat bulu kening cepatt? Haha well seperti yang kamu tahu, semua subjek dah menjadi dwibahasa.So bagi yang belajar fizik, add maths dalam b.melayu, agak pening la.Sebab banyak istilah penting in english bertukar.Serius aku tak suka gunakan text books b.melayu.Hihihihi, depends on someone la sama ada kita selesa guna language apa-apa pun :)


Baru kini aku tahu bahawa subjek add maths ni tersangatlah penting lagi-lagi kalau nak apply matrikulasi or universiti.Memang tiada cara lain untuk berjaya melainkan banyakkan membuat latihan.Yes aku akui aku bukanlah mahir add maths, thats why aku buat post ni.No, lagipun just nak motivate diri sendiri dan berkongsi pandangan.


Diakui subjek add maths ni memang susah if tak belajar betul-betul.Aku sendiri ndak nafikan subjek ni betul-betul mencabar minda.Tapi lama-lama belajar jadi senang dengan diiringi doa dan usaha.Persoalannya susah sangat ka add maths ni? atau sebenarnya sikap kita yang sukar diubah? Actually mana-mana subjek pun ada cabaran.Sedangkan subjek yang senang skor sekalipun kalau kita ndak focus pun takkan menjadi jugak.Sikap yang negatif tu membuatkan kita rasa add maths tu SUSAH GILER! lol ;p


Tumblr_lwmvb4sukx1r6rpmbo1_500_large

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :-

“Tidak ada ubat bagi kebodohan melainkan bertanya” – Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad


InsyaAllah, tuhan akan tolong orang yang sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNYA.Tiada satu pun yang mustahil dalam dunia ni.Percaya dan yakin pada diri sendiri.Buang sikap putus asa, berusaha dan terus berusaha.Jangan kalah @ undur diri sebelum berjuang dan sentiasa menjadi positif :)

2 comments: